Kursus Latihan Pengurus NADI Bersama AKM – Zon Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
10 Disember 2025 | Aktiviti Terkini9 Disember 2025 (Selasa) – Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (NADI) anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya pada 9 hingga 10 Disember 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Klang, Selangor, melibatkan penyertaan pengurus-pengurus NADI dari Zon Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kursus selama dua hari ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap konsep Malaysia MADANI, struktur kenegaraan serta nilai-nilai asas yang menjadi teras pembinaan negara bangsa. Program bermula seawal pagi dengan sesi pendaftaran dan taklimat, diikuti pengisian ilmiah merangkumi topik Ta’aruf Nilai Kota Melaka, Struktur Kerajaan MADANI serta Naratif dan Persepsi, yang memberi pendedahan menyeluruh berkaitan sistem pentadbiran negara dan pembentukan pemikiran kenegaraan.
Pada 9 Disember 2025, kursus turut diserikan dengan sesi bual bicara (talk) bersama Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul yang berlangsung pada sesi tengah hari. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendengar perkongsian pandangan, pengalaman serta aspirasi kepimpinan negara, khususnya dalam memperkasa nilai-nilai MADANI dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, hari kedua kursus pada 10 Disember 2025 diisi dengan aktiviti pembinaan sahsiah dan kerjasama berkumpulan seperti jungle tracking dan aktiviti memasak, yang bertujuan memupuk semangat berpasukan, kepimpinan serta ketahanan diri dalam kalangan peserta. Program diteruskan dengan sesi bual bicara mengenai Sahabat Penggerak MADANI pada sebelah tengah hari sebagai penutup kursus.
Secara keseluruhan, penganjuran Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh pemahaman kenegaraan, memupuk nilai perpaduan serta meningkatkan keupayaan kepimpinan pengurus NADI selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: